Welcome

I WANT TO BE LIKE SUNSHINE THAT ALWAYS GIVES LIGHT AND WARMTH IN YOUR LIFE, SOMEONE WHO YOU WANT TO TAKE WAKE WITH JUST LIKE SUNSHINE AND KNOW THAT THAT IS WHAT GIVES YOU LIFE.. SOMEONE WHO IS REALLY HOT AND BRIGHTENS YOUR DAY AND YOUR LIFE..

Thursday 15 November 2012

It's PARTY TIME!!!

Photobucket






Assalamualaikum w.b.t kepada sayang2 semua..
Dah lama semenjak kali terakhir Hanim post kt belog ni.. last post ialah pada bulan Mei yang lalu.. ya, pada awal bulan Hanim daftar form 6.. sejak dari tu Hanim busy 'lah' sangat dan tiada masa untuk update belog kesayangan yang tak seberapa ni..

Well.. pejam celik, pejam celik, pejam tak celik2.. dah nak sampai penghujung tahun 2012 rupanya kan.. dan of course sesi persekolahan FORM 6 untuk penggal 1 dah pun berakhir.. Hanim dan kawan2 dah pun selamat menjalani Peperiksaan STPM 2013 Penggal 1.. Alhamdulillah.. soalan memang TAKBLEHBLAH .. 'senang' sgt2... ape2 hal, semua benda dah lepas so cuma mampu berdoa ke hadrat Ilahi semoga kami semua memperolehi keputusan yang cemerlang..Aminnnnnn..:D

Pada 9 November 2012 bersamaan dgn hari terakhir persekolahan, kitorang telah mengadakan jamuan.. even TERPAKSA menggunakan kelas 6 atas  (nama kelas dirahsiakan)  sbg lokasi utk mengadakan jamuan, kami ttp happy as long as kami semua ttp bersama utk meraikan hari yg menggembirakan tu.. btw, kepada 'abg2' n 'kakak2' pemilik kelas, terima kaseh byk2 yer.. jasa anda amat dihargai..

Walaupun jamuan yg diadakan hanya sekadar serba sederhana, namun ianya ttp meriah.. Terima kaseh diucapkan kpd all my beloved friends yg telah bekerjasama bagi memastikan jamuan kelas 6B PRA UKM berjalan dgn lancar.. terima kaseh juga kepada semua guru yang telah mengajar kami sepanjag penggal 1 ni especially bonda kami Pn. Azimah..

Ini sebahagian dari pic yang sempat disnap oleh kami semua..




me n sue


me n Ninie




other than Jierah , they r my closest friend at hostel..love all of u..



mkn jgn x mkn..hu2










Bonda2 kami..





Siapa nie?? hu2.. who else.. Me lah..


Meski kami semua bermula sbg student dari SMK JERANTUT, SMK INDERAPURA, SMK TEMBELING, n SMK PADANG PIOL.. namun kini semua itu sudah berlalu dan kami semua sudah bersatu menjadi warga SMK JERANTUT... tiada lagi perbezaan sekolah antara kami.. benarlah kata org, 'Tak kenal maka tak cinta'.. Semoga persahabatan kami akan kekal buat selamanya.. LOVE all of you.. Hope to see all of you again next year..bye2..mmmuuuaaahhh..



IT'S OK...I LOVE U











|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Thursday 31 May 2012

Ekspedisi Mencari BF Hanim..:D


Hye korang..sekarang ni cuti sekolah dah start..YAHOOO...kalau nak GOOGLE pun boleh jugak..eh jap2,apa yang Hanim merepek nie..hi2..sebagai student, salah satu perkara yang amat menggembirakan of course lah SCHOOL HOLIDAY..cuti kali ni Hanim just stay kt rumah jer..xde nak pergi mana2 pun..xde plan..

Amacam tajuk entry kali ni??ok x?? ha2.. sebenarnya dah berapa orang dah kawan baru dari sekolah lain yang masuk Form 6 kat SMKJ tanya siapa Hanim punya BF..BF tu ape ek??he2.. bila ckp takde, diorang tak percaya..apa?? Hanim ni bukan nya cantik sangat pun sampai nak kena berBF segala bagai ni..lagipun,apa kelebihan nya bila ada BF ni..bahagia sementara tapi bila dah clash mula lah meratap macam orang yang dah takde harapan nak hidup..ape kess kan..so baik kita jadi solo molo..aman hidup


Hanim selalu terbaca status kat Twitter dan Facebook mengatakan yang diorang ni FOREVER ALONE.. what??? forever alone ape ke bendenye..korang tak fikir ke hah..korang kan still ada mak..still ada ayah..n still ada adik beradik yang masih sayang kan korang..takde makna nya forever alone..macam mana kalau satu hari nanti Allah tarik balik segala yang korang ada tu?? hah masa tu lah kalau korang nak buat status FOREVER ALONE tu sampai berjuta kali pun xpe..bersyukur lah dengan apa yang kita ada ni.







Kadang2 Hanim rasa fobia pun ada dengan istilah COUPLE ni..semuanya disebabkan Hanim tgk kawan2 yang baru je couple dah mula menunjukkan bibit-bibit perpisahan....ayat skema gitu..menyampah lah..baik stay sorang2 lagi best ..lagipun memang takde orang yang nak kita..hi2..

Pada pendapat Hanim,kalau nak bercinta time belajar ni takde yang salah pun..kalau percintaan tu boleh buat kita semakin bersemangat nak belajar,lagi bagus kan..tapi kalau bercinta sampai tak hengat dunia, tu lah yang menimbulkan segala masalah..lagi parah,bila ada masalah sikit,mulalah meratap kesepian,keseorangan macam orang mati laki..Korang clash dengan dia mungkin dia bukan jodoh korang..Allah masih belum menemukan kita dengan jodoh yang akan kita luangkan masa bersama-sama sehingga akhir hayat ..mungkin si dia lah yang akan bahagiakan kita nanti.. Adalah lebih baik kalau kita fikirkan tentang CINTA setelah kita berjaya dalam kerjaya..nanti takdelah sebarang penyesalan kan..:D







So,mana-mana yang dah clash tu,hanim nasihatkan pergi jelah cari pengganti yang baru..dah kalau orang taknak kat kita, kita tak boleh nak paksa kan..mungkin jodoh dia bukan dengan kita..Renung2kan lah dan selamat beramal..:D

*Anyway,sesuai x entry ni dgn lagu blog..Ku akan menanti...hi2..xtau lah sampai bila kena menanti nya..:D


IT'S OK...I LOVE U


|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Saturday 12 May 2012

Saya Budak SEKOLAH!!!



Hai semua..dah lama sangat Hanim x post kat belog kesayangan nie..Dah banyak perkara yang berlaku semenjak dua menjak tiga menjak ni..Hanim dah jadi STUDENT semula!!!




Sekarang Hanim dah sah bergelar sebagai pelajar Pra U Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut..  Hanim start daftar 8 Mei 2012.. n Hanim stay kat hostel.. tahun ni batch form 5 SMJ 2011 yang stay hostel cuma 2 org.. Hanim n my beloved friend,Azirah..nampak nya kita berdua terpaksa lah berkelana kat hostel tu.. he2..

Tahun ni Hanim dah bertekad nak berubah dan concentrate on my study.. risau gila lebih2 Lower 6 tahun 2012 merupakan batch yang pertama menggunakan sistem yang lain dari tahun2 sebelum ni.. sebenar nya Hanim takut tapi kalau kita tak cuba macam mana kita nak tahu kan..

Ramai kawan Hanim yang masuk Form 6 sama ada dari sekolah lama atau pun dari SMJ.. x ramai yang dapat UPU n Matriks.. maybe takde rezeki kitorang kot.. kitorang ada orientasi selama 3 minggu.. selepas orientasi tamat, P&P akan bermula tapi masalahnya sampai sekarang Hanim masih dalam dilema tak tahu nak pilih kelas apa.. Hanim tahu Hanim kena buat pilihan yang tepat kerana ini merupakan peluang terakhir untuk menentukan masa depan Hanim.. tak tahu nak pilih Sejarah atau Ekonomi sebab both of the subjects memang killer lah.. itu pun kalau Hanim layak nak ambil Ekonomi lah..dah lah nak kena ada sesi kira-mengira.. pening, pening, n tersangat lah pening ..



Tetapi Hanim tahu, semua ni bergantung kepada matlamat hidup, cita-cita dan minat.. Bergantung kepada kemampuan dan kebolehan.. masih lagi dalam pertimbangan.. hope I can make a right decision..:D

IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Thursday 19 April 2012

Dia Masih Bersabar,,Besarnya Dugaan Mu..:'(





A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call ASAP, changed his clothes and went directly to the surgery block. 
He found the boy’s father waiting in the hall. Once seeing him, the dad yelled: “Why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger? Don’t you have the sense of responsibility?”

The doctor smiled and said: “I am sorry, I wasn’t in the hospital and I came as fast as I could after receiving the call…… And now, I wish you’d calm down so that I can do my work.”

“Calm down? What if your son was in this room right now, would you calm down? If your own son died, what would you do?” said the father angrily.

The doctor smiled again and replied: “I will say what Job said in the Holy al-Quran, “From dust we came and to dust we return, blessed be the name of God.” Doctors cannot prolong lives. Go and intercede for your son, we will do our best by God’s grace.”

“Giving advice when not concerned is so easy,” murmured the father.

The surgery took many hours, after which the doctor went out happily, “Thank God! Your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way, running. “If you have any questions, ask the nurse!!”

“Why is he so arrogant? He couldn’t wait so I could ask about my son’s state?” the father questioned the nurse.

The nurse answered, tears coming down her face: “His son died yesterday in an accident, he was at the burial when we called him for your son’s surgery. And now that he saved your son’s life, he left running to finish his son’s burial.”

NEVER JUDGE ANYONE because you never know how their life is, what is happening, or what they are going through.


*jgn bercakap tanpa mengira tentang perasaan orang lain..kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya sedang mereka alami



IT'S...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 18 April 2012

Alhamdulillah Ya Allah..





3 Disember 2006-Pagi tu aku bangun lewat dari biasa. Sedar2 je terus kak long suruh aku sidai pakaian.
 Pelik juga bila tengok pakaian memang dah tersidai tapi kenapa seperti separuh jalan je?? Musykil2 tetapi aku terus buat macam biasa.Ada seseorang yang aku perasan tiada di rumah ketika itu.Ye,mak tiada sewaktu aku bangun tadi dan kenapa semua orang macam sugul je ni?? Selepas siap sidai pakaian, baru lah aku diberitahu apa yang sudah berlaku. Abah accident!!! What?? Rasa seperti masa berhenti sebentar selepas aku diberitahu tentang perkara tu..

Patutlah emak tiada, rupanya mak dapat panggilan telefon yang abah mengalami kemalangan.. Aku sendiri tak boleh bayang macam mana keadaan mak masa tu. Nasib baiklah Abg Haznee, kawan kak long yang sekarang ni dah pun secara rasminya jadi abg ipar aku ada kt rumah masa tu. Dialah yang hantar mak ke klinik. Abah dikejarkan ke hospital Jerantut. Keadaan abah yang agak teruk menyebabkan abah terpaksa dipindahkan ke Hospital Temerloh pada hari itu juga.. Emak pernah beritahu aku betapa dia berasa keseorangan ketika menemani abah waktu itu. Aku sekali lagi terkejut (berapa banyak terkejut lahselepas diberitahu bahawa abah perlu menjalani pembedahan. Teruk sangat ke keadaan abah sampai kena bedah?? Bukan abah tak pernah jatuh motor sebelum ni tapi takde lah sampai nak kena bedah bagai ni..

Kami adik beradik masih setia menunggu berita di rumah. Kami hanya mampu berdoa semoga abah selamat menjalani pembedahan. Setelah beberapa jam, kami bersyukur kerana abah selamat dan telah dipindahkan ke wad biasa.. Alhamdulillah.. Selepas 8 hari berada di hospital, abah dibenarkan pulang ke rumah.. Aku sentiasa menangis melihat keadaan abah tapi aku tidak ingin menunjukkannya di depan emak. Dikala itu aku terfikir apa yang akan aku lakukan andainya aku kehilangan abah.. Aku tak sanggup menghadapinya. Aku lihat emak tersenyum setiap kali ada orang yang datang melawat abah tapi aku tahu yang emak sedih dan dia hanya menutupi kesedihannya dengan bersikap ceria kerana tidak ingin melihat kami patah semangat. Selama abah sakit, emak lah yang telah berusaha keras demi mencari rezeki buat kami buat kami sekeluarga..

Aku mula berpindah ke alam sekolah menengah ketika abah sakit..Kerana tidak ingin menyusahkan emak, aku tolak tawaran ke sekolah kluster. Emak pernah bertanya sama ada aku menyesal dengan tindakan itu, namun soalan itu aku jawab dengan kata-kata..

"Kakak tak pernah menyesal mak,kan mak pernah cakap, tak kira di mana sekalipun kita belajar,janji kita belajar dengan bersungguh-sungguh.. InsyaAllah kejayaan itu akan kita capai"

18 April 2012-Kini sudah hampir 6 tahun perkara tersebut berlalu.. Abah pun sudah bersara beberapa hari yang lalu.16 April 2012 merupakan Hari lahir abah ke-55.. Selamat Hari Lahir abah.. Semoga abah dipanjangkan umur dan sihat selalu yer..kakak always LOVE u..nobody can replace u in my heart..Abah n Emak merupakan hero kakak k..(^_^)

.Aku tahu bahawa abah n emak telah banyak berkorban demi membesarkan kami 5 beradik..andai diberikan waktu selama 1000 tahun sekalipun,belum tentu ia cukup untuk aku membalas segala budi, pengorbanan dan kasih sayang yang telah abah n emak berikan..only one thing that I could tell both of u--I LOVE U 




*rasa macam janggal je guna 'aku'

IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Friday 6 April 2012

Semuanya KeRaNa ALLAH..:D






ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...


Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati
--> saya & awak ,

Dlm 2 hati , Allah berikan 3 rasa
--> sayang , kasih & cinta .

Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan
--> berkenalan , berteman , berkawan & bertemU/bErsama...

Dlm 4 tujuan itu , tersembunyi 5 perkataan
--> teman baik selalu di sisi ,

Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian
-->sayang , kekal , setia , mengerti , menghargai & mengingati .

Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT  (^_^)





IT'S OK...I LOVE U






|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Thursday 5 April 2012

Saya BOSAN!!!




Ya Allah..hanya tuhan saja yang tahu betapa bosannya diri ku ini..memang lah Hanim pernah baca,hanya orang yang tiada tujuan hidup sahaja yang kan pernah sebut BOSAN..but the problem now,I'm really2 bored..I dont even know what to do..everyday I just have to go through the same routine(entah betul ntah tidak BI ni,main bantai je)..bila duduk depan komputer,tak habis2 asyik buka FB ..lepas tu blogwalking..itu je lah kerja nya..buka TV tak tahu nak tengok cerita apa..ASTRO pula macam biasalah..tak habis2 ulang cerita yang sama beratus2 kali..pagi tadi dah semangat nak tengok tv,bila on je terus ada cerita Suka Benci Kamu..Ya Allah..dah banyak kali dah rasanya cerita tu ada..orang ASTRO ni ingat memori kita ada masalah ke ya??diorang ingat kita ni mudah lupa agak nya..tapi nak buat macam mane kan..herm...

Korang buat apa ya bila perasaan bosan melanda diri??Hanim ni.nasib baik ada juga novel yang Hanim pinjam kat library hari tu..Hanim pinjam 3,campur kawan punya 1...kesemuanya ada berapa???ada 4??ya betul lah tu..ha2..mereng jap..so,sekarang 3 dah habis setel Hanim baca,tinggal 1 je lagi..Hanim ni kalau dapat novel memang tak boleh nak buat apa dah.ada kawan yang cakap,siapa yang suka baca novel ni maknanya dia suka berangan..yelah kot..Hanim memang suka berangan pun..takpe kan,tak salah kalau kita nak ada impian..ha2...kadang-kadang bila family semua dah tidur,Hanim ambil torchlight dan baca novel tu..tak nak on lampu takut nanti mak tahu..ha2..

Btw,Hanim Dah isi UPU n dah sent pun sebelum tarikh tamat 2 April 2012 hari tu.dan Hanim juga dah isi borang maktab..mak suruh isi je semua..kalau ada rezeki adalah..(^_^)


IT;S OK...I LOVE U






|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 28 March 2012

I'm OFFICIALLY 18!!!

"Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to Hanim......Happy birthday to me." hari ni,28 MAC 2012 genap lah umur Hanim 18 tahun..nampak x Daisy Path kat atas tu??HAPPY BiRTHDAY!!

Hanim bersyukur kepada Allah swt kerana telah pnjangkan umur hambamu ini untuk terus hidup di atas muka bumi mu Ya Allah..Hanim bersyukur n berterima kasih kepada kedua mak dan abah yang telah membasarkan dan menjaga Hanim semenjak Hanim lahir smpai skrg..segala jasa dan pengorbanan man dan abah selama membesarkan kami 5 beradik memg x terbalas..Hanim bersyukur kerana dikurniakan sebuah family n adik beradik yang penyayang dan sentiasa ada disisi dikala susah dan senang..

Hanim berterima kasih kepada kwn2 yang selalu menemani Hanim n sudi jadi rakan Hanim selama nie..to my beloved sweetheart Sue,Dayah,Fizah,Azirah,Fiza n Anis terima kasih k..sayang korang sgt2..korang memg My BFF lah..

Bila dah makin meningkat umur,Hanim jadi makin takut..takut nak menghadapi dunia luar..dunia yang selama ni Hanim hanya lihat dari jauh kerana diri ini masih anak sekolah..mungkin Hanim perlu belajar membiasakan diri..memanglah Hanim masih bawah tanggungan my family but bila dah capai umur 18,Hanim rasa mcm satu fasa baru dalam hidup ni akan bermula..HADAPI DENGAN SENYUMAN..doakan Hanim k..

Banyak yang Hanim impikan kan sempena dah umur 18 nie..
>Hanim nk ubah ke arah yg lebih baik
>Semoga dapat further my study dalam bidang yg Hanim suka
>Semoga my family and I dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki
>Nak kurus(ha2 xtau lah zaman bila baru boleh tercapai)
>My friendship with my bestie will last forever
n banyak lagilah..he2..Aminn


Ada gaya macam orang 18 tahun x??he2


Semoga Allah memberkati kami..(^_^)

P/S:Masa dulu2 x sabar tggu umur 18 tahun sbb nk tukar ic baru..nk tukar muka bulat sgt2 zaman sekolah rendah..he2


IT'S OK...I LOVE U



|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 21 March 2012

Ada Apa Dengan SPM...(^_^)





Assalamualaikum pembuka mukadimah bicara Hanim kali nie..hari bersejarah ni iaitu 21 MAC 2011 merupakan hari Hanim mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)..semenjak habis je paper yang last iaitu Biology,Hanim dh terus rasa cuak dan takut sementara hari keputusan diumumkan..macam segala apa yang Hanim buat tu mcm tak kena jer..semua nya bertambah memeningkan lepas hanim dpt tahu tarikh result keluar..lagi lah bertambah kecuakan nya..he2..
Mak hanim pernah ckp kita tak perlu nak takut sbb benda dah lepas dan kita memang tak boleh nak tukar dh keputusan tu..betul jugak kan..bila dah dapat result,menyesal dan nak menangis mcm mana pun dah x guna..perkara dah lepas..

Semalam memang dh berdebar2 dah nie..takut,cuak,gementar dan segala jenis perasaan ada..memang tak terkata lah lebih2 lagi bila tgk dkt facebook dan twitter,org lain tak habis2 cerita tentang SPM..siap boleh jd trending lagi tu..macam lah takde perkara lain boleh dicakapkan(sebenar nya diri sdri yang takut nak hadapi kenyataan)..lepas tu Hanim call kwn2 n tanya plak tentang apa yang diorang rasa..masing2 beritahu takut..he2..siapa tak takut kan..salah satu perkara penting yang berlaku dalam hidup kita..seperti apa yang tertulis kt pic atas tu,'SPM BERJUANG UNTUK MASA HADAPAN' ..

Pagi lagi Hanim dh bangun n solat subuh..dan2 plak lepas tu mata ngantuk teramat lah sgt sbb malam tu tido punye lh lmbat..neves punye pasal..pukul 7 pg Hanim bangun semula..mandi,breakfast n siap2 nk gi tggu bas..dlm pjalanan nk gi tggu bas tu(sye jalan kaki je yer..moto smpai 2 3 kt rumah nie cuma tersadai sbb sya x pndai bwk) Hanim jalan punye lh laju n tunduk je sbb lalu dpn kedai-->pemalu lh sgt.. pastu Hanim happy lah jugak sbb kawan mase Hanim sekolah rendah yg turut sama sekolah kt Jerantut pun naik bas yg sama..

Bila dh smpai depan sekolah,Hanim terus pergi kt bus stand sbb x sanggup nk masuk kwsan sekolah sorang2..nk kena tggu kwn dulu..punye mcm ape je Hanim duduk tercongok kt bus stand tu..dh brape minit baru lh my friend,Dayah smpai..dia ajak Hanim teman dia pergi jumpa cikgu yg uruskan buku teks sbb dia nk byr hutang tahun lepas..x sanggup gue..x lama lepas tu kwn2 Hanim yg lain pun smpai..sebenarnya,disebab kan terlalu takut,malam sebelum ambil result tu Hanim dh set dalam my hp mesej utk cek result secara sms n cuma nk kena tggu masa utk SEND je..tepat pukul 10,Hanim terus hantar..kawan2 Hanim yg lain xtahu pun n Hanim buat senyap je bila diorang tgh borak2..

Bila dh tahu my result,hanya tuhan yang tahu betapa lega nya perasan ni..lepas tu barulah Hanim boleh senyum..bila kwn Hanim tnye sama ada Hanim risau atau x,Hanim just senyum je n cakap xtaulah..bila dah dalam dewan n dah ambil result baru lh Hanim beritahu diorang n diorang cakap patutlah tengok Hanim relax je..he2..sory korang..ada 7 orang yg dapat straight A kt sekolah Hanim..Batch 94 terbaiklah!!

Tadi hanim dah ambil keputusan SPM kat sekolah..Alhamdulillah takde lah gempak n the best sangat tapi Hanim bersyukur sebab takde subjek yang fail dan boleh mencacat kan my result..kawan2 rapat Hanim pun semua nya dapat result yang ok n ade sorang yg dapat straight A...Alhamdulillah..my family especially my mom and my dad happy pun dah cukup..n diorang boleh terima result Hanim seadanya..

Ok..thats all for now..

IT'S OK...I LOVE U


|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Sunday 18 March 2012

Kau Jauh...(^_^)



 

Tidak kutahu di mana letaknya ketampanan wajahmu

Entah di dalam poket baju kurungku

Atau di celah-celah sinar redup matamu

Tidak kutahu di mana letaknya kemanisan hubungan ini

Entah di dalam coklat kekacang kegemaranku

Atau kelembutan jiwamu kala menyapa jiwaku

Bagaimana kalau kita bersua lagi?

Bagaimana kalau waktu itu kau punya cinta hati?

Bagaimana kalau aku ke universiti?

Bagaimana kalau ketikaa itu kau menjadi pensyarahku?

Bagaimana kalau kau menjadi ketuaku?

Bagaimana mungkin itu terjadi?

Bagamana mahu aku memungkin yang mustahil?

Bagaimana lagi aku harus aku temui dirimu?

Antara jiwamu dan jiwaku jauh terpisah?

Jauh...



P/S:Hanim ambil ni dari one of my favourite novel..suka kata2 nie..(^_^)


IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 14 March 2012

A Day In Jerantut!!

Assalamualaikum...today is Wednesday n tomorrow is Thursday..eh,ape hal plak nie..ha2 saje je nak merepek jap..Well,hari Hanim pergi bandar Jerantut..Hanim pergi dengan my adekk iaitu abang gemuk,Hanif..mula2 ingat nak pergi naik bas tapi bila sampai je kat depan kedai,pakcik kedai bgtau yang bas dah lepas..HAMPEH!!!biasa nya lambat..tapi time kitorang boleh plak 'ter'lebih cepat nya..so,kitorang pun naik lah keretapi..

Sampai je kt bandar,kitorang terus pergi kedai jam(SEBENARNYA MOTIF KITORANG NAK PERGI JERANTUT NI NAK KE KEDAI JAM UNTUK ALTER TALI JAM YANG DAH TERLEBIH PANJANG) tapi dah melarat lah plak ke tempat lain..lepas tu,kitorang pergi mamam jap kt kedai kek..seterusnya hala tuju kitorang ialah ke pasaraya..sempat2 plak buat gila ambil pic kt sini..


Hanif menjadi model produk(sah2 dah x laku nanti)..ha2

Pengguna bijak ketika memilih barang(tengok je,x beli pun)






Memandangkan bas yang akan kitorang naiki ialah pd jam 3.30 ptg,kitorang terpaksa lh menempelkan muka kt stesen bas.tak lame lepas tu boleh plak Hanif tggl Hanim sorg2 kt situ n pergi ikut kwn dia..HAMPEH punya adik..Hanim pun anta mcj kt my fren,Sue n ajak dia keluar..firstly Hanim pergi teman dia beli barang n then kitorang pergi mkn(dia je mkn k,Hanim x..ha2)..lepas tu kitorang berdua pergi ke taman(entah lupe plak nak tanya apa nama taman tu)..sampai kat situ kitorang terus buat mcm taman tu kitorang je yang punya..he2..

KAMI model untuk iklan SENYUM SATU SEDEKAH yer..(^_^)

Bila KAMI buat muka pelik..ha2

sukanya dia..ha2


Peace!!

Merenung masa depan..

SUE n HANIM..(^_^)





Then sue anta hanim balik ke stesen bas..singgah jap 'melawat' kawan kitorang yang keje kt area situ..he2 sempat lagi tu..klah itu lh story mory Hanim buat kali nie..k,mmmuuuaaahhh sikit..ha2..(^_^)



IT'S OK...I  LOVE U



|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Monday 12 March 2012

Hampa Hatiku!!






 Assalamualaikum w.b.t kepada pemirsa semua..ha2 cewaahh guna bahase indon plak dah..memg lh kadang2 boleh mereng bile ape yg kite nk x dpt kn..sbnarnye td Hanim suruh adek pergi pulangkan novel..dh excited terlebih ni sebab sempat plak suruh die pinjam novel baru..lepas tu boleh plak dan2 jer library tutup hari ni..ternyata memang perasaan  HAMPA tak terkata tu memang membuak2 dalam diri ini..ha2 (^_^)

Tapi nk buat macam mane kn..terima je lah dgn hati yg redha dan ikhlas..Hanim ni memang kadang2 'ter'over sikit even kalau ttg hal kecil je..tapi kn best kalau bile masuk je kt bookstore,kita boleh ambil je buku apa yang kita nak..tapi tentulan impian hanya tinggal impian..mana ade orang gila yang nak biar orang ambil je buku free2  kat kedai dia..makan kertas surat khabar je lah jawabnya nanti..eh,ape yg aku dh start merepek nie..he2..(^_^)..sebelum saya mengundurkan diri terimalah sebuah lagu yang sedang menggambarkan keadaan diri CIK HANIM sekarang ni..cewaahh dah macam orang putus cinta lah plak dah..

btw,Hanim minat sangat lagu ni mase form 3 dulu..<3



IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Saturday 3 March 2012

Ku Seru Kasihmu..


Assalamualaikum pembuka bicara,sekarang tibalah masa Cik Hanim nk berucap sepatah dua kata..he2
Semenjak jd PT(pengganggur terhormat) ni,mase Hanim byk dihabis kn dgn duduk di rumah..x abes2 on9 facebook,tgk cite korea n tgk cite cina..bosan jugak..time my sis balik kampung ari 2,Hanim ade ikut dia pergi library..dh alang2 ade kt situ,hanim pun pinjam je lh novel yg ade..lepas 2,sepanjang hari duk mengadap novel je keje nye..he2..

Baru beberapa hari yg lepas,Hanim suruh adek yg kebetulan k pergi library tolong pulangkan buku2 yg kitorang pinjam ari 2 n hanim suruh dia tolong pinjam kn novel utk Hanim..bila balik je,dia terus bg novel 2 pd Hanim.sungguh baik adek ku ini..gembira nya lh..dh lh Hanim ni gila novel..bila baca novel nie,mcm ade 1 perasaan yg sukar utk dijelaskn..mcm kita boleh membayangkan plak scene2 dlm novel 2..hu2..memg Hanim ni kuat berangan..:D

Adek Hanim ade pinjam 2 novel..1 drpd nye bertajuk Ku Seru KasihMu..by Izzul Izzati..kalau tgk cover boleh thn jugak lh..Hanim nie jenis yg memilih bila nk bace novel nie..kalau cover x berapa nk cantik memg terus tawar hati lh nk bace..he2..novel nie dh lame publish tpi Hanim x pernah jumpe kot..


Dari mana
datangnya kasih?Dari mata turun ke hati.Dalam diam
cinta itu hadir.Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya.Memiliki
kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata.
Menjadi milik Hakimi apatah lagi.Impian semakin jauh,lantaran jejaka idaman 
turut menjadi rebutan 2 orang sahabat baiknyasendiri.Dia sedia mengalah,
memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa 
kecewa.Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut 
baik cinta salah seorang daripada mereka.

Namun
sejauh mana kasih yang bersemi dapat 
dihindari,biarpun dia cuba untuk menjauhi.
Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata.
Dugaan hadir tanpa dipinta,langsung tidak terlintas di fikiran.
Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi.Suratan ataupun
kebetulan?Sukar untuk ditafsirkan.Tetapi apa yang pasti,ada rahsia yang 
perlu diselindungkan.Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan
kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya.Kesulitan yang 
menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri,maruah keluarga dan
sahabat baik sendiri.hati siapakah yang perlu diutamakan?
Hati siapa pula yang perlu dijaga?
Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi.cabaran Afrina,kasih Hakimi
harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun.Namun relakah dia dikatakan
sebagai 'muka tembok' demi menyeru secebis kasih?
Persoalan nya...mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi?Sedangkan
cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.


Bila dh baca sinopsis nie,betul2 egt Afrina dgn Hakimi..rupa2nya x ku sangka x ku duga dia boleh plak cerai dengan Hakimi n then kahwin dengan sepupu kepada suami kepada kawan dia(berapa punya byk kepada lh..).Hanim ni memg selalu emosi bila bace novel..he2.tpi kadang2 hidup nie memg mcm 2..x semua yg kita duga n kita rancang akan terjadi..semua nya berlaku atas takdir yg telah ditentukan Allah kn..:D

IT'S OK...I LOVE U



|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Friday 24 February 2012

Pembaca Berita Punya Angkara~~

Assalamualaikum..tgk tajuk entry kt atas 2 mcm ade something yg serius je kn..he2..IT'S OK...I LOVE U..the name of this blog..hanim bkn saje2 je letak name blog nie mcm nie k..semuanya bermula secare x sengaja..

Incident nie berlaku tahun lepas,the year when i was taking for my SPM(ceh..saje je egtkn balik kenangan 2..ha2)..time nie hanim n classmates yg amik biology ade trip ke IIUM Kuantan n Cherating.x ramai sgt,ade lh dlm 20 org..time tu jugak ade karnival 'Jom,jom,jom,jom..kita heboh-heboh..'..he2 saje jap nk suruh korang nyanyi sekali dgn Hanim..sewaktu berhenti kt RNR(x egt yg mane),kami turun makan jap..bile dh setel beli makanan,Hanim terus pegi dkt meja yg kawan2 dh 'takluk'..time tu boleh plak terlanggar seorang 'incik' nie..Hanim ckp 'oh,sory'..'incik' tu jwb 'it's ok'..Hanim pndang sekilas,boleh tahan..he2..gatai na..

Bile dh duduk,baru perasan Hanim tgh duduk btentangan dgn 'incik' tu..bile tgk sebelah kwn Hanim yg lain semua tgk tertunduk-tunduk mcm tgh berbisik something..mule2 Hanim buat cerdik lh(nk ckp buat bodo kang x baik)..namun begitu,setelah melihat mereka begitu khusyuk berbicara ttg 'something' tu smpai mcm dh upe Hanim yg ade kt sebelah nie,Hanim trus tnye,

Hanim:weh,korang cakap ttg ape nie
Fizah(my friend):ade lh
Hanim:lah..bgtau je lhxkan nk rahsia2 plak..merajuk lh mcm nie(ayat biase)
Fizah:yelah2..cube Hanim tgk lelaki kt dpn tu..tpi jgn bagi nmpk sgt
Hanim:ok..(terus tgk tanpa teragak2 lagi)..well,biase je muke dia,nape?
Fizah:dialah pembaca berita kt tv3 tu..
Hanim:lah..ye ke?Hanim baru jer terlanggar dia mase nk duduk td.
Fizah:ye ke??dia cakap ape?
Hanim:(dgn muka selambe)dia ckp IT'S OK..I LOVE U
Fizah:HAH!!!biar betul..x percaya lah..
Hanim:he2..gurau jer..

Kitorang slalu gelak kalau teringat balik ttg nie..memanglah Hanim slalu buat lawak,tpi ari tu pun dgn selambe Hanim ckp mcm tu..nasib baik x ckp kuat2,kalau x buat malu jer..
Dan sejak tu lah Hanim selalu guna ayat 2..



Hanim nmpk teruk dlm gmbr nie..:'(
selekeh..Geng Bas Sekolah..he2





IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 22 February 2012

Jika Nak..



Jika nak jadilah bunga,jadilah bunga yg HARUM

Jika nak jadilah batu,jadilah batu PERMATA

Jika nak jadilah burung,jadilah burung yg TERBANG LAJU

Jika nak jadi manusia,jadilah manusia yg BERGUNA

Jika nak buat sesuatu,buatlah sehabis BAIK

Jika nak berbudi,biarlah pada kedua-dua IBU BAPA

Jika nak hidup,hidup lah dengan nama yang BAIK...






|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Monday 20 February 2012

Jangan Buat Saya Menyampah!!!


                 



Hye semua..eh2 lupe plak..Assalamualaikum n salam 1 malaysia..cewaahh Hanim dh mcm pembaca berita kt tv 2jer..xpe lh kn kalau sekali 2 3 kala nk berangan jap..entry kali nie Hanim nk cite sikit pasal ayat2 yg org selalu guna sama ada dalam keadan sedar atau x ,mereka dh buat seseorang MENYAMPAH n SAKIT HATI..xtau lh kalau korg,tpi Hanim memg TAKBLEHBLAH n rase mcm nk lempang biar sampai jd lempeng jer(bajet kuat jer kn..ha2)..antara ayat yg boleh buat seseorang memg mnx penampar dr Hanim ialah...


Bila Hanim dh bgtau something,bley plak org 2 ckp, 'Btul ke?xcye lh awk nie'..wah memg panas lh weh..dgn ko2 sekali aku panaskn karang..dh die yg tnye so org jwb je lh..kalau ape yg org bgtau 2 awk x pcye,so jgn nk gatal2 sgt mulut 2 nk btanye..dh kalau rase yg org nie memg x boleh nk dipercayai,jgn bertanye..memg mulut dh tahap POWER RANGERS lh 2..fire jugak die nie kang


Satu lagi bile kite ckp 'TERIMA KASIH' time ade org puji..Hanim selalu tgk tpi x semua org lh.bile kite ckp terima kasih kerana dipuji akn ade mulut2 x berapa nk elok nie yg akn cakap.'Bangga lh tu'..lah..xkan lh kite nk jwb 'Ko nie kenape puji2 aku!!suka hati aku lah nak buat ape pun.ko apsal??ade yang tak puas hati ke!!!'..perghh..kalau jwb mcm 2 memg dh soheh lh org akn cop kite kurang ajar,kalau kite senyap n x berkata ape2,nti ade lagi satu pangkat plak yg akn kite dapat iaitu x lain n x bukan SOMBONG..so??kite nk buat ape?nk jwb ape??bagi jawapan skit..itu lh masalah org tipikal..susah nk berurusan..tapi kena egt,TAK SEMUA ORG MACAM TU..Hanim just bagi contoh2 jer

Sbnar nye byk lagi tapi malas lh nk tulis..buat sakit hati jer..MAKA INGAT LAH KAMU YER WAHAI PEMBACA2 SEMUA,TAK SEMUA ORG BOLEH TERIMA APE YANG KITA UNGKAPKAN DARI MULUT KITA NIE..JAGA PERCAKAPAN ANDA...PANDAI2 LH BWK DIRI ATAS MUKA BUMI ALLAH NIE..-PESANAN DARI KERAJAAN GADIS UNGU-





IT'S OK...I LOVE U


|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Wednesday 15 February 2012

Dia Buah Hati Saya..



Assalamualaikum..Wah..tajuk entry kt atas 2 memg TAKBLEHBLAH btul..tapi nk buat mcm mane kn..hati Hanim memg dah diambil seseorang bermula pada tarikh 23.08.2010..time 2 Hanim still form 4..die yg telah mencuri hati Hanim nie memg CHOMEL,ADORABLE N SO CUTE..semenjak kehadiran dia,keluarga kami menjadi semakin besar n family kami menjadi semakin riuh bila semua berkumpul..dia yang tersayang nie bernama MUHAMMAD FARISH HAKIM..dia merupakan anak saudara kesayangan Hanim..dia juga merupakan cucu sulung dalam family nie..kami semua amat menyayangi Farish..dia merupakan seoorang baby yg langsung x banyak kerenah..xde lh mcm sesetengah baby yg selalu menangis nk itu nk ini..Farish baik n kadang2 jer die buat perangai.."makde sayang adek k..mmmuuuaaahhh sikit..he2"


THESE ARE SOME OF HIS PICTURE..


Farish nk gi mane 2??

Farish n my sister..

Awww...Cakk!!

Our journey From Kluang to Mela..
Farish:Bila lh nk sampai rumah atuk nie

Like aunt like nephew..he2
















|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Tuesday 14 February 2012

I Just Need That ONE THING


Awal taun ari 2 ade nmpk org post ttg 1 kumpulan nie..Nama kumpulan tu ONE DIRECTION..bile search kt ABG GOOGLE,kire bley tahan ok jugak lh..nice voice n of course nice LOOK..muda2 ala2 remaja gitu..he2..
Suare diorang best n sedap utk didengar..First time dengar lagu diorang memg terangkat lh..terangkat???terangkat tangan coz tepuk tangan sorang dengar lagu nie..he2 xde lh..
Tapi at least kepada sesiapa yg CRAZY ttg KOREAN STAR 2 bley lh beralih muzik kejap yer..diorang HEMSEM jugak aper..antara lagu diorang yg Hanim suke ialah ONE THING..


SELAMAT MENONTON YER..


p/s:kalau x dengar,rajin2 kn lh diri 2 utk pause lagu kt bwh 2 yer..x susah pun

IT'S OK...I LOVE U

|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Saturday 11 February 2012

SahaBat...




Assalamualaikum..hye..memang sudah menjadi lumrah kehidupan manusia utk mempunyai sekurang2nye seorg sahabat selain keluarga tsyg disisi utk menemani dikala suka mahupun duka..korang ade BESTIE??sayangi lh mereka n terima mereka seada nya k..MISS MY FRIENDS a lot..



Seorang sahabat adalah anugerah dri Allah..

Kemana dia pergi kita kan mencari

Dari mana dia datang

Kita tak perlu mengetahui

Namun,kemana dia menghilang

Kita pasti kan merindui...



Suhaina,Dayah,Fiza,Azierah n Hafizah





Me n Zierah,my BESTIE in hostel



IT'S OK...I LOVE U








|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Sunday 5 February 2012

Bila Ungu Bertemu Coklat




Mcm sedap je kn..he2
Kamu suka coklat??kalau jawapan nya ya maknanya kita nie 1 geng..he2..entry kali nie Hanim nk cite ttg satu benda yg memang menjadi kegilaan ramai manusia atas muka bumi Allah nie iaitu COKLAT...Sememang nya Hanim n coklat memg x dapat dipisahkan..memang best kalau sekali dpt mkn coklat nie tpi jangan lh selalu n berlebih2 plak yer nti jdi GEMUK plak..dah 1 masalah n bley berisiko dpt mcm2 penyakit mcm diabetes obesiti..


Tadi Hanim ade bace something ttg coklat nie..n Hanim nk kongsikan dgn korang semua yer..


Makan coklat x akan membuatkan rasa ketagih,sebaliknya coklat akn melahirkan perasaan rindu bgi mereka yg menggemarinya.Lazimnya perasaan ini disebut sbg CHOCOLATE CRAVING .Di mana kesan nikmat nya coklat thadap perilaku n suasana hati(mood) sesorg itu amat berkait rapat.Biasanya rindu coklat boleh tjadi kerana aromanya,teksturnya,manis-pahitnya,n sbgnya.Selain itu,ia juga boleh dikaitkn dgn kandungan phenylethylamine ia mirip kpd amphetanine yg dpt meningkatkn kdr penyerapan triptofan ke dlm otak yg mhasilkn dopamine .Dimana ia blh melahirkn rasa senang n happy pd suasana hati,seolah-plah muncul perasaan dilamun jatuh cinta di dlm diri seseorang itu.


Tpi xtau lh kn..Hanim dri dulu lgi memg suka kalau psal coklat nie,xde pun rase nk jatuh2 cintan cintun nie..ANDA PULA BAGAIMANA??Kalau siapa2 yg baik hati n nk bagi coklat kt Hanim 2 bgtau yer..nk bgi alamat nye sekali..ha2..k thats all 4 now..


IT'S OK...I LOVE U




|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Friday 3 February 2012

DiKala Diri Dilanda Kebosanan

sian tengok die..


BOSAN merupakan 1 perkataan yang paling sesuai utk desribe Hanim skrg nie..sementara nk tggu result SPM keluar nie,kebanyakan hari2 yg dilalui terasa amat membosankan..rutin harian yang perlu dilalui hanya lah perkara yang sama..so Hanim hanya byk menghabiskan masa dgn INTERNETING ..apa yang korang buat kalau bosan ek??

Bila dh bosan2 nie mula lh teringat kt kwn2 time sekolah dlu..miss them so much..byk benda yg rindu nk buat..

>duduk dalam kelas dgn kwn2 borak2 dgn cikgu
>jalan dgn kwn2 pergi kantin(padahal kantin btul2 sebelah kelas je)
>lepak n borak2 dekat kantin(sampai x sedar bell dh bunyi n cikgu dh mula mgajar)
>buat keje sekolah sama2
>baca buku kt library
>kongsi2 mknn dgn kwn2 bila kt ostel
>tgk senior2 bergaduh kt ostel(antara kejadian yg xley dilupakan)
>berborak dgn diorang smpai lupa waktu mkn 
>n byk lgi lh


Btul lh ape yg cikgu Hanim penah ckp satu ketika dulu, "Time2 sekolah ni lh awk kne enjoy btul2..nti bila dh abes sekolah,awk akn rindu semula waktu 2" yes teacher,sekarang sye dh rase even sye x kerja lagi..


Apa2 pun,sbnarnye best lh jugak duk kt rumah ni..enjoy2 goyang kaki,goyang kepala,goyang tangan n mcm2 goyang lagi lh..he2
Tapi walau ape pun,selagi Hanim dengan my beloved family,muka Hanim akn selalu mcm nie

|
|
|
|
|

Comel kn dia??



|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|