Welcome

I WANT TO BE LIKE SUNSHINE THAT ALWAYS GIVES LIGHT AND WARMTH IN YOUR LIFE, SOMEONE WHO YOU WANT TO TAKE WAKE WITH JUST LIKE SUNSHINE AND KNOW THAT THAT IS WHAT GIVES YOU LIFE.. SOMEONE WHO IS REALLY HOT AND BRIGHTENS YOUR DAY AND YOUR LIFE..

Wednesday 16 October 2013

Hari Raya ^ ^


Photobucket



Firstly, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!! alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut hari raya korban tahun ni. Tahun depan tak tahu lah kita sempat lagi ke tidak kan. Kehidupan ni sesuatu yang tidak dijangka bukan..cuma mampu berdoa kepada Allah SWT semoga dipanjangkan umur dan sihat walafiat :))

Masa kecik dulu bila tiba masa nak raya ni, lebih2 lagi waktu hari raya aidilfitri, mesti teruja giler. Nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru, kalau boleh semua baru lah sampaikan pengikat rambut pun nak baru (time kecik2 dulu tak pakai tudung litup macam sekarang ni) ..yang jadi mangsa mestilah ayahanda dan bonda tersayang, tak pernah lelah melayan kerenah kami 5 beradik. mereka akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak kami walaupun kadang-kadang rasa macam nak sepak je muka sorang2 sebab banyak songeh sangat..itu taknak ini taknak.. he2

Waktu keluar bandar nak beli barang lah waktu yang paling tak boleh dilupakan.. bila abah dan mak tanya nak beli apa, semua buat muka tak tahu.. masalahnya bila dah balik rumah barulah nak mengomen macam-macam..


"rugi kakak tak ambik baju yang tadi, rugi tak ambik kasut yang warna coklat kat kedai tadi tu "


Dan Puan Hasmah aka mak tersayang akan cakap,


"tulah.. kan mak dengan abah dah cakap tadi, dah tanya tapi semua buat tak tahu je..ikut deme lah"


Sedih tak bila korang kena smash atas dahi macam tu jer.. tapi nak buat macam mana kan.. sendiri cari pasal..orang dah bagi peluang tapi dipersiakan (ceewahh dah macam tajuk lagu je kan ).. tapi kadang-kadang pelik jugak dengan perangai kitorang, kalau orang lain mak ayah bagi offer cepat je macam-macam yang diorang nak..untung tau dapat anak macam kitorang 5 beradik ni..hu2.. masuk bakul angkat sendiri, siap bawak pergi jalan-jalan lagi tu..

Lain pulak ceritanya kalau kat sekolah. Dari sekolah rendah sampailah dah masuk sekolah menengah, bila dah nak masuk bulan ramadhan masing-masing pun sibuklah cerita tentang menu berbuka puasa, kuih raya dah buat ke belum ( family Hanim biasa buat 'kuih tunjuk' je. tak susah pun nak buat , beli je yang ada jual kat bazar ramadan atau makcik-makcik yang jual kuih raya kat taman ni ) , baju raya tema warna apa, nak balik raya kat mana dan macam-macam lagilah. kadang-kadang tu baru first day puasa dah ada yang tanya tentang baju raya. rasa macam nak sepak-sepak je kan. tapi itu semua kenangan waktu sekolah, even ada diantara kita yang masih dengan tabiat ni sampai lah sekarang. yelah kan, setahun sekali je sambut raya ni dan bukannya selalu..

Bila dah makin menginjak usia ( baru 19 ok..) ni, Hanim rasa macam dah kurang kemeriahan menyambut haru raya.. mungkin salah satu faktor ialah dah tak boleh nak pergi berjalan kutip duit raya dan makan biskut raya kat rumah orang lain yang kadang-kadang tuan rumah sendiri pun kita tak kenal.. he2.. tu semua adik Hanim yang selalu buat, hanim tak pernah ok.. yer2.. tak pernah pun.. dan bila adik-beradik ada yang dah kahwin, rumah akan terasa kosong je tanpa kehadiran diorang di pagi raya sebab diorang beraya kat rumah mertua masing-masing..

Btw, semoga hari raya tahun ni dan tahun-tahun yang akan mendatang akan lebih meriah dan boleh merapatkan ikatan silaturahim kita semua sesama umat Islam.. bye2.. muahh..:))



Pic Raya Aidilfitri 2012..:)







IT'S OK... I LOVE U




|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Monday 16 September 2013

Farish Farhi

Photobucket



 Wahhhhhhhhhh.. dah lama sangat tak update entri kat belog ni.. dah bersawang sangat dah kot..sempena Hari Malaysia ni (16.09.2013) tiba- tiba plak jadi rajin semacam nak update. Tanpa kita sedari, sudah 9 bulan waktu berlalu. 2013 seperti sudah hampir meninggalkan kita semua. Hanim rasa macam baru je lagi update entri ucap Selamat tahun Baru 2013 hari tu. Sedar-sedar je dah nak masuk tahun 2014 rupanya..

 Selama 9 bulan ni, macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup Hanim. Dan perkara yang paling bermakna sudah semestinya kelahiran anak saudara Hanim yang kedua, Muhammad Farhi Ukasyah. Farhi dilahirkan pada 11 Februari 2013. Pada tarikh entri ini diupdate, Farhi sudahpun berusia 7 bulan 5 hari. Tak dapat Hanim nafikan bahawa kelahiran sememangnya telah menyebabkan bertambahnya lagi keceriaan dalam keluarga besar kami. Antara orang yang paling excited of course lah Abang Farish .. dia lah orang yang paling sibuk sekali nak dukung baby Kasyah dia sedangkan baby tu dah dekat sama besar je dengan dia. Here are some of Farish and farhi pictures.. btw, they're the most adorable baby in the world..:)


Berangan nak naik kereta, bak kate mama, lesen L untuk walker pun tak lulus lagi


Happy sangat bila dapat bola..


Budak kecik yang suka berangan.. tunggu dulu ye sayang


Olololo...



Weird habit.. -_-


Sama tapi tak serupa.. dua2 SEPET


Kasih sayang seorang abang.. ceewahhh.. dah dekat sama besar..
nampak takperbezaan 3 tahun disitu



PEACE!!!!



 Well.. that's all for now.. Hanim cuma berharap dan berdoa semoga my dear Farish and Farhi akan senantiasa sihat, selamat dan baik-baik selalu.. Bude/Kakak sayang sangat korang berdua..:)

IT'S OK...I LOVE U





|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013





Photobucket


Selamat Tahun Baru 2013.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang  untuk bersama-sama keluarga tersayang  menyambut tahun baru 2013.. Hari ini akan bermulalah satu episod baru dalam kehidupan kita semua.. 

Tahun 2012 telah memberi segala suka duka serta pahit manis dalam kehidupan aku.. Segala kenangan itu akan sentiasa tersemat di sanubari.. Terima kasih 2012.. 

Hari ini Haniim akan mendaftar di hostel.. esok sesi persekolahan akan bermula.. Tahun ini Hanim akan menduduki satu peperiksaan yang amat penting, STPM.. Hanim berharap semoga Hanim akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan segala perkara..

Semoga Batch 94 STPM 2013 akan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tiba..

Ok.. ini satu post pendek sebelum Hanim pulang ke hostel pada jam 2 nanti.. 


Assalamualaikum sayang2 semua dan doakan  kejayaan Hanim k.. Semoga anda2 semua akan turut berjaya dan segala azam 2013 anda  semua akan tercapai.. Aminn.. :)


IT'S OK... I LOVE U




|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|