Welcome

I WANT TO BE LIKE SUNSHINE THAT ALWAYS GIVES LIGHT AND WARMTH IN YOUR LIFE, SOMEONE WHO YOU WANT TO TAKE WAKE WITH JUST LIKE SUNSHINE AND KNOW THAT THAT IS WHAT GIVES YOU LIFE.. SOMEONE WHO IS REALLY HOT AND BRIGHTENS YOUR DAY AND YOUR LIFE..

Friday 28 March 2014

I Cant Keep Calm, It's My 20th Birthday !!!

Photobucket





Hari ini bersamaan 28 Mac 2014 genaplah usia Hanim 20 tahun. Uwahhhhhhhh... nak nanges.. macam tak percaya je dah masuk ke alam 20 an. Pada tarikh ini 20 tahun yang lalu, pada jam 11.29 PM seorang NORHANIM BINTI SARIFFUDDIN telah dilahirkan. Rasa macam baru je lagi mak dan abah hantar Hanim masuk sekolah darjah satu. Dalam tak sedar dah 13 tahun semua tu berlalu. Alhamdullilah syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang untuk melihat dunia ini. Terima kasih mak dan abah yang dah membesarkan 'Kakak' selama 20 tahun ni. Walaupun 1000 tahun masa diberi, takkan mampu 'Kakak' membalas segala jasa dan pengorbanan mak dan abah dalam membesarkan kami 5 beradik. 


Tak dapat dinafikan, wujud perasaan takut dalam diri ini untuk meneruskan kehidupan bila umur dah menginjak ke angka 2 ni. Ada orang kata bila dah masuk ke angka 2 ni maknanya kita dah dewasa. Dah tinggal dah angka belas-belas ni. Bila dah masuk umur macam  ni mulalah terfikir tentang masa depan. Nak jadi apa, nak kerja apa, nak sambung belajar lagi ke tak dan macam-macam lagilah. Stress tau tak. Hihi. Tadi boleh pula mak wish

"Selamat hari Lahir kakak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Dah masuk umur 20. Dah memang tinggal dah umur belas-belas ni. Semoga cepat dapat jodoh"


Aikk.. cuba rewind baca ayat yang last tu. Ayat yang tu memang takbolehblah. Lambattttttttttttttttt lagi kot mak. Baru 20 tahun. Bukan 30 tahun. Orang zaman sekarang kalau umur 30 tahun tapi tak kahwin lagi pun boleh relax je. Tapi kalau boleh Hanim tak naklah tunggu sampai umut 30 baru nak kahwin kan.Nanti dah masuk umur 40 tahun baru sibuk nak hantar anak masuk darjah satu. Hihi. Tadi Hanim dapat tau seorang lagi kawan sewaktu form 6 akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni. Baru-baru ni seorang dah selamat mendirikan rumah tangga. Perghh awalnya kan. Tapi kalau dah sampai jodoh diorang kita nak buat macam manakan. Hanim kalau boleh tak nak kahwin awal-awal sangat. Hanim nak berbakti kepada kedua ibu bapa dulu. Cari kerja dan belajar untuk menguruskan hidup diri sendiri dulu sebelum nak menguruskan anak orang lain. Disebabkan tak pernah terjebak ke dalam dunia cintan-cintun ni, waktu dalam bas semalam boleh pula Hanim terfikir,

"Aku tak nak jadi anak dara tua"


Sebelum anda jump to any conclusion, Hanim bukan gatal nak berlaki ye. Hanim cuma terfikirkan masa depan je. Bukan masa sekarang. Cuma mampu berdoa semoga Hanim akan bertemu jodoh yang baik-baik. :)


Terima kasih kepada semua yang telah wish birthday Hanim tak kiralah sama ada kat Facebook atau Twitter. Semoga segala yang Hanim hajatkan akan tercapai. Amin.




NOTA KAKI : Hanim nak ajett2 dewasa kejap.. btw,  hajat time birthday ke 18 yang kononnya nak sangat buat IC baru tu tapi sampai sekarang Hanim tak buat pun lagi. Masih menggunakan IC gambar comel + montel tu.. Hihi





IT'S OK... I LOVE U






|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Tuesday 18 March 2014

19 March 2014 : Judgement Day *STPM 2012/2013


Photobucket






Finally, esok bersamaan 19 Mac 2014 merupakan hari yang amat dinanti-nantikan oleh pelajar STPM batch 2012/2013. Hari dimana keputusan STPM 2012/2013 akan diumumkan. Hanim sebagai salah seorang dari mangsa cuma mampu berserah dan redha menerima segala keputusan setelah berhempas pulas (padahal main-main je yang banyaknya) selama setahun setengah  menimba ilmu di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT. Serius CUAK gila. Setelah melihat kepada keputusan penggal 1, 2, 3 plus paper repeat yang tidak seberapa, Hanim cuma mampu tunggu dan lihat je keputusan penuh esok. Tapi yang paling penting, semoga Hanim dan rakan-rakan akan memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan. Wish me luck..:)

"Ya Allah, kami pelajar STPM batch 2012/2013 telah berusaha semampu yang boleh. Kami memohon agar Kau berikan keputusan STPM 2012/2013 yang cemerlang kepada kami agar kami boleh membanggakan ibu bapa, guru-guru dan sekolah kami. Kau yg menciptakan duka dan Kau jualah yg menciptakan bahagia. Bahagia kami pohon diiringi airmata gembira pada hari esok, Ya Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Amin. Amin. Amin. Ya rabbal alamin."



NOTA KAKI : Kenapa I rase nebesss sengsangat ni.. HELP ME!!!


IT'S OK...I LOVE U








|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

Thursday 6 March 2014

KE KOREA KE KITA??


Photobucket


Amacam tajuk entri?? Gempak tak?? hehe.. Saja nak menggedik jap. Sempena dah nak masuk bulan ketiga Hanim memegang jawatan sebagai peladang anggur terhormat, Hanim dah bercadang nak pergi Korea.. Tapi  bila difikirkan semula serta ditimbang baik buruknya, ternyata itu semua hanya akan berlaku di dalam mimpi semata-mata.. Ini semua bahana duduk rumah takde buat kerja lain selain MENGonline tengok drama korea yang tengah berlambak-lambak di pasaran (cewahh gitu) berangan pun dah tinggi melangit. Ternyata i'm totally a true DREAMER.  Memang tak dapat dinafikan yang sekarang memang tengah banyak drama korea yang sedang diairkan.. So sebagai peminat tegar drama Korea, Hanim cuma menjalankan tugas yang sudah diwajibkan kepada Hanim iaitu menontonnya secara online sepanjang hari sampai sanggup tidur sampai jam 2-3 pagi.. Bagi sesiapa yang mencemuh serta mengata, jangan salahkan Hanim yer.. ini sekadar hobi diwaktu lapang (konon padahal tiap-tiap hari buat.. sedang berusaha keras menegakkan benang yang basah. hihi). Hanim selalu tengok online je. Yelahkan, rumah I takde channel 393. sedihhhh..

Antara drama yang best menurut hanim ialah The Heirs. Pelakon utama drama ni ialah Abang Lee Min Ho, Kak Park Shin Hye, dan Abang Kim Woo Bin.. Serius best. Tapi storyline macam drama-drama yang selalu kita tengok sebelum ni, 

Anak orang kaya jumpa dengan anak orang miskin --> jatuh cinta keluarga menentang --> wujud hero kedua --> berpisah --> hero kedua selamatkan heroin --> hero bersatu semula dengan heroin --> keluarga terima hubungan diorang --> hero kedua undur diri --> hidup bahagia selamanya  

Cliche kan. tapi disebabkan LMH dan PSH yang berlakon, layan jelah. btw, pelakon semua best. Tak bosan tengok drama ni (padahal memang semua drama Hanim tak bosan tengok.. propa sangat kan..hihi)


Selain drama ni, ada banyak lagi drama yang best yang Hanim tengah tengok. Antaranya








Jadi disini saya ingin menyeru kepada semua penggemar drama Korea agar bersama-sama lah kita menghabiskan masa dengan menonton drama Korea yang sudah saya listkan di atas..namun begitu jangan kita lupa untuk turut menyokong drama-drama tempatan. Kerana drama tempatan juga ada yang menarik untuk ditonton. 

Hah.. nampak tak ciri-ciri gedik perasan nak jadi pemimpin terserlah disitu.. kalau ada depan mata konfem rasa nak hempuk-hempuk je dengan pelepah kelapa. Btw, hanim bukan sepanjang masa online yer. cuma waktu free je terutama waktu malam. Waktu ni je lah Hanim boleh tengok sampai 2-3 pagi, kalau waktu lain, HAMPEHH.. 

So, kepada sesiapa yang nak tengok drama-drama ni semua, janganlah sampai langsung tak buat kerja lain pulak ye. Kang tak pasal-pasal kena baling senduk atas kat kepala dengan mak sebab tak tolong buat kerja rumah. Waktu tu baru kau tahu apa itu erti penyesalan.. hihi.. 

Ok lah.. dah tak tahu nak membebel apa lagi.. It's time for me to say goodbye..

NOTA KAKI : Membebel panjang setelah sekian lama tak mencurah perasaan. :)

IT'S OK... I LOVE U









|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|