Welcome

I WANT TO BE LIKE SUNSHINE THAT ALWAYS GIVES LIGHT AND WARMTH IN YOUR LIFE, SOMEONE WHO YOU WANT TO TAKE WAKE WITH JUST LIKE SUNSHINE AND KNOW THAT THAT IS WHAT GIVES YOU LIFE.. SOMEONE WHO IS REALLY HOT AND BRIGHTENS YOUR DAY AND YOUR LIFE..

Friday 28 March 2014

I Cant Keep Calm, It's My 20th Birthday !!!

Photobucket





Hari ini bersamaan 28 Mac 2014 genaplah usia Hanim 20 tahun. Uwahhhhhhhh... nak nanges.. macam tak percaya je dah masuk ke alam 20 an. Pada tarikh ini 20 tahun yang lalu, pada jam 11.29 PM seorang NORHANIM BINTI SARIFFUDDIN telah dilahirkan. Rasa macam baru je lagi mak dan abah hantar Hanim masuk sekolah darjah satu. Dalam tak sedar dah 13 tahun semua tu berlalu. Alhamdullilah syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang untuk melihat dunia ini. Terima kasih mak dan abah yang dah membesarkan 'Kakak' selama 20 tahun ni. Walaupun 1000 tahun masa diberi, takkan mampu 'Kakak' membalas segala jasa dan pengorbanan mak dan abah dalam membesarkan kami 5 beradik. 


Tak dapat dinafikan, wujud perasaan takut dalam diri ini untuk meneruskan kehidupan bila umur dah menginjak ke angka 2 ni. Ada orang kata bila dah masuk ke angka 2 ni maknanya kita dah dewasa. Dah tinggal dah angka belas-belas ni. Bila dah masuk umur macam  ni mulalah terfikir tentang masa depan. Nak jadi apa, nak kerja apa, nak sambung belajar lagi ke tak dan macam-macam lagilah. Stress tau tak. Hihi. Tadi boleh pula mak wish

"Selamat hari Lahir kakak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Dah masuk umur 20. Dah memang tinggal dah umur belas-belas ni. Semoga cepat dapat jodoh"


Aikk.. cuba rewind baca ayat yang last tu. Ayat yang tu memang takbolehblah. Lambattttttttttttttttt lagi kot mak. Baru 20 tahun. Bukan 30 tahun. Orang zaman sekarang kalau umur 30 tahun tapi tak kahwin lagi pun boleh relax je. Tapi kalau boleh Hanim tak naklah tunggu sampai umut 30 baru nak kahwin kan.Nanti dah masuk umur 40 tahun baru sibuk nak hantar anak masuk darjah satu. Hihi. Tadi Hanim dapat tau seorang lagi kawan sewaktu form 6 akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni. Baru-baru ni seorang dah selamat mendirikan rumah tangga. Perghh awalnya kan. Tapi kalau dah sampai jodoh diorang kita nak buat macam manakan. Hanim kalau boleh tak nak kahwin awal-awal sangat. Hanim nak berbakti kepada kedua ibu bapa dulu. Cari kerja dan belajar untuk menguruskan hidup diri sendiri dulu sebelum nak menguruskan anak orang lain. Disebabkan tak pernah terjebak ke dalam dunia cintan-cintun ni, waktu dalam bas semalam boleh pula Hanim terfikir,

"Aku tak nak jadi anak dara tua"


Sebelum anda jump to any conclusion, Hanim bukan gatal nak berlaki ye. Hanim cuma terfikirkan masa depan je. Bukan masa sekarang. Cuma mampu berdoa semoga Hanim akan bertemu jodoh yang baik-baik. :)


Terima kasih kepada semua yang telah wish birthday Hanim tak kiralah sama ada kat Facebook atau Twitter. Semoga segala yang Hanim hajatkan akan tercapai. Amin.




NOTA KAKI : Hanim nak ajett2 dewasa kejap.. btw,  hajat time birthday ke 18 yang kononnya nak sangat buat IC baru tu tapi sampai sekarang Hanim tak buat pun lagi. Masih menggunakan IC gambar comel + montel tu.. Hihi





IT'S OK... I LOVE U






|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|