Welcome

I WANT TO BE LIKE SUNSHINE THAT ALWAYS GIVES LIGHT AND WARMTH IN YOUR LIFE, SOMEONE WHO YOU WANT TO TAKE WAKE WITH JUST LIKE SUNSHINE AND KNOW THAT THAT IS WHAT GIVES YOU LIFE.. SOMEONE WHO IS REALLY HOT AND BRIGHTENS YOUR DAY AND YOUR LIFE..

Thursday 6 March 2014

KE KOREA KE KITA??


Photobucket


Amacam tajuk entri?? Gempak tak?? hehe.. Saja nak menggedik jap. Sempena dah nak masuk bulan ketiga Hanim memegang jawatan sebagai peladang anggur terhormat, Hanim dah bercadang nak pergi Korea.. Tapi  bila difikirkan semula serta ditimbang baik buruknya, ternyata itu semua hanya akan berlaku di dalam mimpi semata-mata.. Ini semua bahana duduk rumah takde buat kerja lain selain MENGonline tengok drama korea yang tengah berlambak-lambak di pasaran (cewahh gitu) berangan pun dah tinggi melangit. Ternyata i'm totally a true DREAMER.  Memang tak dapat dinafikan yang sekarang memang tengah banyak drama korea yang sedang diairkan.. So sebagai peminat tegar drama Korea, Hanim cuma menjalankan tugas yang sudah diwajibkan kepada Hanim iaitu menontonnya secara online sepanjang hari sampai sanggup tidur sampai jam 2-3 pagi.. Bagi sesiapa yang mencemuh serta mengata, jangan salahkan Hanim yer.. ini sekadar hobi diwaktu lapang (konon padahal tiap-tiap hari buat.. sedang berusaha keras menegakkan benang yang basah. hihi). Hanim selalu tengok online je. Yelahkan, rumah I takde channel 393. sedihhhh..

Antara drama yang best menurut hanim ialah The Heirs. Pelakon utama drama ni ialah Abang Lee Min Ho, Kak Park Shin Hye, dan Abang Kim Woo Bin.. Serius best. Tapi storyline macam drama-drama yang selalu kita tengok sebelum ni, 

Anak orang kaya jumpa dengan anak orang miskin --> jatuh cinta keluarga menentang --> wujud hero kedua --> berpisah --> hero kedua selamatkan heroin --> hero bersatu semula dengan heroin --> keluarga terima hubungan diorang --> hero kedua undur diri --> hidup bahagia selamanya  

Cliche kan. tapi disebabkan LMH dan PSH yang berlakon, layan jelah. btw, pelakon semua best. Tak bosan tengok drama ni (padahal memang semua drama Hanim tak bosan tengok.. propa sangat kan..hihi)


Selain drama ni, ada banyak lagi drama yang best yang Hanim tengah tengok. Antaranya








Jadi disini saya ingin menyeru kepada semua penggemar drama Korea agar bersama-sama lah kita menghabiskan masa dengan menonton drama Korea yang sudah saya listkan di atas..namun begitu jangan kita lupa untuk turut menyokong drama-drama tempatan. Kerana drama tempatan juga ada yang menarik untuk ditonton. 

Hah.. nampak tak ciri-ciri gedik perasan nak jadi pemimpin terserlah disitu.. kalau ada depan mata konfem rasa nak hempuk-hempuk je dengan pelepah kelapa. Btw, hanim bukan sepanjang masa online yer. cuma waktu free je terutama waktu malam. Waktu ni je lah Hanim boleh tengok sampai 2-3 pagi, kalau waktu lain, HAMPEHH.. 

So, kepada sesiapa yang nak tengok drama-drama ni semua, janganlah sampai langsung tak buat kerja lain pulak ye. Kang tak pasal-pasal kena baling senduk atas kat kepala dengan mak sebab tak tolong buat kerja rumah. Waktu tu baru kau tahu apa itu erti penyesalan.. hihi.. 

Ok lah.. dah tak tahu nak membebel apa lagi.. It's time for me to say goodbye..

NOTA KAKI : Membebel panjang setelah sekian lama tak mencurah perasaan. :)

IT'S OK... I LOVE U









|Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hanim|

9 Comments:

Sally Samsaiman said...

Bride of the century dah start ek..? lupa nak update..hihihi

Sweethoneybelle said...

cite korea yang muni layan just playfull kiss and satu lagi lupa dah apa nama tah cita yang laki ramai pompuan sorang tu . . ok dah lupa . nampak sangat bukan peminat fanatik korea kan ? hahahaha :p

Athirah Farah said...

korea..memang sekarang tengah layan cter my love from the star and ugly alert kat astro One..memang meleleh jer air mate..sentap sangat..hahaha :D

Unknown said...

Done follow back #229.

-To The Beautiful You
-Personal Preferences
-lagi-lagi dan lagi yang lain-lain

Hahhaa! =)

Unknown said...

ANDA DITAG!

http://syahmizaludin.blogspot.com/2014/03/giveaway-siapa-yang-bertuah.html

Harap sudi join sama! =)

SNM said...

The Heirs dah lama tengok...sebab Lee Minho punya pasai. Dalam tv x abes tayang lagi, tp dah 2x abes khatam kat internet. Hehehe...

Yaang lain semua x tengok lagi...x berkesempatan lagi (^^,)

#PrayForMH370

Ungu♫ said...

@Sally Samsaiman dah start.. skrg dh episod 4..

Ungu♫ said...

@Siti Nooryanawati Mohamed sama lah.. dh lama abis tgk.. best kan..hi2

Nanie Dean said...

i loike! cuma tak de masa je lagi nak ngadap... hehe