Selamat Tahun Baru 2013.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bersama-sama keluarga tersayang menyambut tahun baru 2013.. Hari ini akan bermulalah satu episod baru dalam kehidupan kita semua..
Tahun 2012 telah memberi segala suka duka serta pahit manis dalam kehidupan aku.. Segala kenangan itu akan sentiasa tersemat di sanubari.. Terima kasih 2012..
Hari ini Haniim akan mendaftar di hostel.. esok sesi persekolahan akan bermula.. Tahun ini Hanim akan menduduki satu peperiksaan yang amat penting, STPM.. Hanim berharap semoga Hanim akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan segala perkara..
Semoga Batch 94 STPM 2013 akan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tiba..
Ok.. ini satu post pendek sebelum Hanim pulang ke hostel pada jam 2 nanti..
Assalamualaikum sayang2 semua dan doakan kejayaan Hanim k.. Semoga anda2 semua akan turut berjaya dan segala azam 2013 anda semua akan tercapai.. Aminn.. :)
IT'S OK... I LOVE U
0 Comments:
Post a Comment