Hermm.. It's been such a long time since I wrote in this blog. Rasa macam dah kekok pun ada. Dah banyak perkara yang yang berlaku dan berubah selama hampir 1 tahun 2 bulan ni. But, for today kita tinggalkan dulu semua tu sebab sekarang aku nak post something yang bermakna buat aku pada hari yang istimewa ni.
Aku bertuah kerana dilahirkan sebagai anak ketiga dari 5 beradik. Aku ada Kaklong, Abgngah n adik-adik yang amat aku sayangi. Tapi hari ni aku nak cerita tentang Kaklong dulu ye.
KAKLONG...
Hermm.. Kaklong 10 tahun lebih tua dari aku. Abgngah pulak 8 tahun lebih tua. So, jarak umur kitorang memang jauh ( Even kalau orang tengok kitorang kat luar dah macam sebaya je sebenarnya ). Bila aku berumur 3 tahun, Kaklong dah pun melanjutkan pelajaran di tingkatan satu dan tinggal di asrama. Masa untuk kami bersama sangatlah kurang, Kadang-kadang aku cemburu bila melihat kawan-kawan aku dengan adik-beradik mereka. Mereka semua umur lebih kurang je. Boleh keluar sama-sama, borak-borak, jenjalan. Aku?? Asyiklah duk berkepit dengan Hanif, adik lelaki kesayangan sorang tu. So kitorang apalagi, duk bergaduh bertumbuk je lah selalu. Dan sudah pastinya aku akan kalah dalam setiap perlawanan. Bukan kalah ok, tapi mengalah. Ai kan kakak yang baik. Aku nak kakak, gegurl. Bukannya lelaki. Hehe..
Tapi bila tiba waktu hujung minggu atau cuti sekolah, aku teruja sangat sebab aku tahu Kaklong akan balik. Serius rindu nak jumpa dia. Tapi masa tu kan kecil lagi so tak pandai lah nak cakap apa-apa. Just happy knowing that she will be staying home even sekejap je. Kaklong akan jaga kitorang bila mak dan abah pergi menoreh. Paling tak suka bila part dia suruh kitorang berdua ( aku dan Hanif ) makan sayur. Elehh.. dia ingat kitorang tak tahu yang dia pun tak makan sayur. Baik untuk kesihatan konon. Citt.. Haha. Tapi kenangan tulah yang aku ingat sampai sekarang. Tak best bila nak kena hantar Kaklong balik naik bas. Aku pernah menangis masa nak bye-bye tapi jangan risau, aku sempat cover ok. Well.. ni mak saudara Ultraman lah.
Bila habis SPM, Kaklong masuk Politeknik Kuantan. Maka semakin berpanjangan lah episod perpisahan kami. Habis diploma, kaklong ambil keputusan nak sambung degree di UUM, Kedah.. Mak oii.. Dekat sangat.
2007, bila mak cakap Kaklong nak kahwin.. aku pernah terfikir,
"Lepas ni takdelah kawan Kakak"
Mak marah bila aku cakap macam tu. Mak cakap mungkin dah sampai jodoh Kaklong, well aku tak nafikan abg ipar aku baik sangat ok. ( Sila beri duit raya in advance ye ). Lepas dah berkahwin, aku rasa masa kami untuk bersama semakin berkurang. Kaklong dengan kehidupan dia dan aku semakin sibuk di sekolah menengah.
2010, aku rasa gembira sangat bila mak beritahu yang kami bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Kehadiran Farish sebenarmya telah merapatkan lagi hubungan aku dan Kaklong. Selepas waktu menunggu keputusan SPM, Kaklong tak pernah tinggal di rumah dalam jangkamasa yang lama sehinggalah kelahiran Farish. Waktu berpantang itulah aku dapat meluangkan masa dengan Kaklong. Jujur aku seronok sangat. Dapat jaga Farish sama-sama, makan bersama, shopping baju untuk Farish dan macam-macam lagilah. Dekat sekolah, nama Farish tak pernah jemu aku sebut. Kalau boleh setiap perkara baru tentang Farish aku nak cerita pada kawan-kawan. Nampak tak keterujaan berlebihan di situ.
2015. Sekarang Kaklong dan Abg Haznee dah ada 3 orang cahaya mata. Muhammad Farish Hakim, Muhammad Farhi Ukasyah dan Nawra Fathiyah. Sesungguhnya aku tak pernah jemu menjaga dan melayan kerenah mereka bertiga dan Muhammad Nazrul Fahim ( anak Abgngah ). Merekalah penyeri dalam hidup aku setelah segala yang berlaku. Antara penguat semangat aku. Mereka buah hati aku.
KAKLONG...
Dia kakak, teman baik, tempat aku meluah perasaan, sentiasa ada bila aku memerlukan, penasihat bila aku nak shopping, Hehe..
Senang cerita, for me dia
THE BEST KAKLONG IN THIS WORLD. KAKAK LOVE YOU VERY MUCH
9 JUN 2015
Selamat Hari Lahir yang Ke 31 Kaklong Julizan Binti Sariffuddin ( Kaklong will always be 21 di hati Kakak ) Semoga Kaklong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Semoga menjadi seorang anak yang solehah, kaklong yang baik untuk kitorang, isteri yang mithali dan Mama yang best dan havoc selalu untuk Ultraman2 dan Princess kakak tu ye.. Kakak Sayang Kaklong dunia akhirat, In shaa Allah.
This picture was taken 4 years ago. Disaat masing-masing masih kurus.. Hihi Btw, ni je gambar yang ada. Yang lain semua dalam netbook kat rumah. :) |
IT'S OK... I LOVE U